Entry lama yang terperam dalam draf...Masa haku up siakap stim nie ade kengkawan yang tanyakan resepinya...dan sememang haku berniat untuk berkongsi resepi dengan korunk pon cuma biasalah haku niekan lambatttt...sibuk sangat dengan hal-hal duniawi yang lain....sampai ade yang sound haku sombong tak reply pun bila ada orang minta kongsi resepi...:(
Takpelahhh sombong pon sombonglahh...nak buat macam mana kannn...hanya jauhari mngenal manikam giteww.
oklah hari nie haku lapang so haku kongsikan....*lapang sangattttt sampai 3 entry kot untuk hari nie sajaa...syabassss cnn!!!*
Ocay ikan Siakap harus ader yer itupun kalau nama dia Siakap Stim.
Tapi kalau nama dia Bawal stim sila sediakan ikan bawal sebab resepi nie boleh jugak diaplikasikan keatas ikan bawal.
~ bawang besar di hiris, haku guna sebijik jerk
~ Bawang putih 3 biji
~ sebiji tomato di belah 4..
~ 3-4 biji cili padi dibelah2. kalau nak pedas boleh letak banyak.
Boleh juga letak cili besar/ merah tue, hiris-hiris macam biasa jerk
~ Halia di hiris kasar.. .
~ Batang celery dipotong dadu
~ setengah biji lemon
* carrot diparut halus untuk hiasan...:)
Kuantiti bahan boleh ditambah dan dikurang mengikut saiz ikan dan berapa orang makan yer..bahan-bahan yang haku sediakan nie hanya untuk separuh ikan siakap sederhana sahaja.
Walaupon nama dia stim tapi haku guna kuali dan bukannya pengukus..juga guna minyak untuk menumis sikit...nampak macam tak stim sangat tapi bila dah masak ia adalah stim..:)
Memula masukkan minyak..Haku guna olive oil..sikit jerk tau tak payah banyak,cukup sekadar menumis untuk naikkan bau..then masukkan bawang besar,bawang putih dan halia.
Lepas tue masukkan air.Masukkan air boleh agak-agak sendiri yer ikut keperluan bahan....
Tapikan haku suka kuah yang banyak sebab boleh hirup-hirup gitu,sedapp....
Dah tue masukkan plak tomato dan celery. Masa nie dah boleh masuk cili padi/merah. Haku tak masukkan lagi sebab takmo pedas...anak-anakku tak makan pedas..:)
Lepas dah mendidih sikit air tue boleh terus perah lemon yer.Okey macam nie, first tue korunk hiris dulu lemon tue barang sekeping dua dan lemon yang balancenya baru perah masuk dalam kuali.(perah jusnya)
hirisan lemon tadi pon masukkan jugak dalam kuali...(macam dalam gambar)
Lepas tue masukkan siakap..
Last sekali masukkan garam secukup rasa..nak letak perasa pon boleh tapi haku tak letak sebab nak kan rasa lemon tue lebihh..baru best nak hirup-hirup..
then balik-balikkan ikan tue leklok biar dua-dua belah masak..dah tue jangan lupa rasa test dulu sedap ker tak..tak cukup lemon boleh perah lagik..tak cukup garam boleh tambah lagi..ikut selera memasing yer..:)
Lepas tue biarkan merenih sampai masak..agak-agak ikan dah masak baru tutup api tue..
* masa nie baru haku masukkan cili padi tue...memang tak sempat nak pedas ponn..propa semata*
Lepas tue angkat dan letakkan carrot yang kita parut tadi tue yer..
Sedap, simple, cepat dan senang gila nak buat..
silalahh toraiiiii......!!!!
Pada satu hari.....
Seorang blogger femes telah memunculkan dirinya bertemu dengan seorang blogger yang suam-suam kuku kaki di GM Teluk Intan..itu pun setelah beberapa kali mission untuk berlaga-laga pipi gagal...Maka pada hari kejadian bertemulah merekaaa....Alkisahh...
Nad oh Nad apsal la gemok nau gambor hakak neh laki ko ambek Nad...padahal kalau nak ikutkan realitynya,orangnyer slim kecik molek jerkk tuh....homaiii nampak sangat takleh terima hakikatt kann,sedih....cerr kasi lempang sedas dua, kot-kot nak sedar diri sikitt....hahhahahahaa
Nad up entry nie kat belog dia minggu lepas kot kalau tak silap pastukan ade orang tue kan cakap kannn haku peknen tauu...
sentappp mak.sakett hateyy..!!
hahahahahaha..
Thanks Nad sudi datang jumpa hakak...Balik Teluk Intan tue,kalau rajin jenjalan GM meh ler jumpa hakak yer..buleh hakak banje minum sambil borak-borak di kedai-kedai berhampiran tapi janji time tue hakak tak sibuk lahhh yer...hehehhe...
Ok Nad gumbira sangat berjumpa dengan kamo,ur hubby dan baby Nayli...dak zack tak datang sebab sibuk ngan sepupu sepapat kat umah atoknya...sanggup tak ikut mak jenjalan,bertuah.dan moga ukhwah kita berpanjangan....
Selamat Hari Guru untuk semuaaaaaaa yang bernama GURU..!!!
Budi jasamu akan sentiasa dikenang oleh setiap anak didikmu..
kepada teman-teman blogger yang bergelar guru dan sahabat-sahabat dari FB yang bernama guru moga kalian terus tabah dan cekal menggalas tanggungjawab ini dan jadilah seorang guru yang sentiasa mendapat tempat dihati anak-anak didikmu..Moga Kalian sentiasa di dalam Rahmat Allah swt selalu..
And special wish and Thanks to my dear teachers and lecturers for every single ILMU yang telah dicurahkan kepada saya..As you inspired others, you added meaning to my life too...Thank you very much..sampai hari ini saya tidak pernah sedikit pun terlupa wajah guru-guru yang pernah mendidik saya..and from bottom of my heart i really love all my teachers...
Semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati dan memberkati semua insan yang bernama GURU..Amin.
A Good Teacher has changed from "one who explains things so well that students understand" to "one who gets students to explain things so well that they can be understood"
Thumbs up to those who made this video.Terbaeklahh...:)
Alhamdulillah, kali ni percubaan kami laki bini boikot McD agak berjaya jugak berbanding
dulu. Sejak kempen boikot dilaksanakan tahun lepas tue, kami dah tak
jejak kaki ke McD dah...Moga kami terus istigamah dalam isu boikot McD nie..Insyaa-Allah.
Dan ini petikan yang cnn ambik dari belog Ustaz Love .Udah ade kat depan mata nie, silalah BACA dan JANGAN MALAS untuk dapat ilmu yer kesayangan..!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam ustaz…
nak tanya psl isu boikot McD….masa
tgh hangat psl boikot tu..saya memang boikotlah..then lemah iman rasa
nak mkn burger mcD..so saya pegi McD lah..memang rasanya nmpk dh kurang
customer McD berbanding dulu..then nmpk ramai kwn2 FB ckp diaorg tak
boikot McD pun sbb bila pegi mkn kat McD niat nak byr gaji pekerja
(muslim staff)…then adik2 saya dpt tahu saya pegi McD diaorg sgt
marah..katanya memang wajib boikot sbb MCD terang-terangan support
israel berbanding brand product israel yg lain..so now sy dh rasa
bersalah and rasa berdosa kalau saya pegi beli apa2 lg kat McD..adik2
saya kata, Tuhan tgk apa usaha kita tak kisahlah kecik besar pun and
kita tak perlulah ikut org lain…apa pandangan ustaz yer ~ mama zharfan.
Isu boikot ini bagi Ustaz Love, lebih
kepada isu tanggungjawab sosial berbanding isu agama. Disebabkan boikot
ini dilakukan terhadap syarikat yang menyumbang kepada dana keganasan
zionis, maka ia tidak melibatkan isu halal haram sesuatu produk, halal
haram sesuatu pekerjaan mahupun halal haram sesuatu bangsa.
Suatu masa dulu, Ustaz Love juga
termasuk dalam golongan yang memperlekehkan usaha boikot secara bermusim
ni. Di kala orang sedang sibuk memboikot, Ustaz Love dengan selamba je
makan kat McD, minum Coke dsb, dengan anggapan bahawa produk makanan itu
halal dan mendapat pengiktirafan halal JAKIM. Jadi, kenapa Ustaz Love
nak haramkan benda yang jelas halal? Ustaz Love tak nak termasuk dalam
golongan yang menghalalkan benda yang haram atau mengharamkan benda yang
halal seperti Bani Israel yang disebut dalam al-Quran.
Itu adalah pandangan Ustaz Love suatu
ketika dulu. Mungkin ketika itu maklumat yang nak disampaikan agak
terbatas, dan fokus boikot ketika itu juga agak bermusim (iaitu hanya
berlangsung ketika serangan zionis ke atas umat Islam Palestin). Mungkin
juga disebabkan kajian ketika itu tidak menyeluruh.
Namun, dengan bantuan media internet
seperti facebook, youtube, twitter, blog dsb, maklumat serta info
berkaitan dapat disampaikan dengan lebih pantas dan tepat. Aqsa Sharif
sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan isu Palestin juga telah memainkan
peranan penting dalam menyebarkan maklumat berkaitan kempen boikot ini.
Penerangan demi penerangan yang diberikan, akhirnya membuka hati ramai
rakyat Malaysia termasuk Ustaz Love, untuk memboikot syarikat yang ada
kaitan dengan aktiviti keganasan seperti McDonalds Corp.
Isu boikot ini bukan isu umat Islam
semata2. Jika penganut Hindu melihat sejumlah besar kucing ditembak,
diseksa, dibakar dan segala bentuk kekejaman yang lain, nescaya mereka
juga akan berasa sedih dan marah dengan perbuatan tersebut. Apatah lagi
jika manusia diperlakukan sebegitu rupa.. wanita2 dirogol di hadapan
kaum keluarga, anak2 kecil dibunuh dengan kejam, lelaki2 ditahan tanpa
perbicaraan, keluarga dihalau dan rumah2 mereka dirobohkan.. sudah
tentulah sebagai manusia yang mempunyai belas dan ihsan, tak kira apa
bangsa mahupun agama, akan marah dan sedih dengan kekejaman tersebut.
Seorang wanita Kristian dari Amerika
(Rachel Corrie), sanggup mati dilanggar jentolak yang ingin memusnahkan
kediaman penduduk Palestin, walaupun beliau tiada kaitan dengan negara
Palestin, juga tiada kaitan hubungan darah dengan warga Palestin, bukan
juga ada kaitan dengan persaudaraan agama dengan rakyat Palestin. Jika
beliau sanggup menggadaikan nyawanya untuk satu perjuangan (yg mungkin
tidak mengubah apa2 pun pada pandangan kita), apalah susahnya kita nak
menyertai kempen boikot ini. Kita tak menggadaikan nyawa pun dengan
meninggalkan makan makanan segera seperti itu.
Jadi, kesanggupan kita untuk menyertai
kempen boikot ini sebenarnya tiada kaitan dengan persoalan iman.
Tidaklah mereka yang memboikot itu lebih beriman daripada yang tidak
memboikot.. dan begitu juga sebaliknya. Ia lebih kepada persoalan rasa
tanggungjawab dan usaha kita dalam menghentikan aktiviti keganasan atau
apa2 juga yang menyumbang ke arahnya.
Kita ambil contoh isu serangan di Lahad
Datu. Apabila pengganas Sulu yang pada mulanya disangkakan sebagai
‘tidak berbahaya’ telah melancarkan serangan terhadap pasukan
keselamatan dan mengakibatkan beberapa korban di pihak pasukan
keselamatan, kita bersatu padu menyatakan sokongan terhadap pasukan
keselamatan dan melupakan seketika perbezaan agama. Bahkan ada yang
mengadakan majlis2 dan upacara doa mengikut amalan agama sendiri. Kita
tak pedulikan pengganas itu beragama Islam ke, dari rumpun Melayu ke..
yang penting kita rasa bertanggungjawab untuk menjaga kedaulatan negara
kita sekalipun cuma sekadar mengirimkan doa dan menyatakan sokongan di
laman2 sosial.
Begitulah juga isu boikot ini. Walaupun
Palestin itu bukan negara kita, tiada hubungan keluarga dengan kita,
bukan sebangsa dengan kita, cuma ada kaitan agama dengan kita, maka kita
menyokong perjuangan rakyat Palestin atas dasar agama dan juga atas
dasar sosial. Jika pemimpin Melayu di negara kita menindas penduduk
berbangsa Cina dan India, kita sebagai Melayu Islam juga kena bangkit
untuk menghalang kezaliman itu daripada berterusan. Jika orang Melayu
Islam di negara ini ditindas oleh pemimpin India, seluruh bangsa
Malaysia tak kira Cina, Melayu, India, Kadazan, Bangla, Pakistan jual
karpet, Myanmar dsb kena bangkit mempertahankan orang yang teraniaya.
Setiap orang punya pandangan dan alasan
tersendiri. Hakikatnya, tiada istilah niat nak bayar gaji pekerja dalam
bab muamalat. Begitu juga tiada istilah nak bantu Melayu atau nak
jatuhkan bangsa lain supaya Melayu naik. Itu bukan termasuk dalam ajaran
agama. Akibat silap faham dalam perkara ini, ramai yang membiarkan
diri dizalimi dan menzalimi dalam perniagaan.
Orang Melayu berniaga barang yang dah
rosak, tapi pembeli ‘terpaksa’ beli sebab dah niat nak bantu ekonomi
orang Melayu. Sebenarnya, itu kaedah nak menjatuhkan orang Melayu. Bila
orang Melayu menjual barang yang dah rosak, keberkatan dalam
perniagaannya akan ditarik kerana tidak menepati kaedah syarak. Bila
berniaga dah tak berkat, berapa lama boleh bertahan? Jika kita boikot
kedai yang jual barang rosak, atau perkhidmatan tak bagus (tak kira la
kedai melayu ke, kedai cina ke, kedai india ke), mereka akan terpaksa
memperbaiki kualiti perniagaan mereka untuk terus bersaing dan akan
melihat kehendak pelanggan itu sebagai suatu perkara yg sangat penting
untuk diambil berat. Jika kita biarkan mereka terus berniaga ikut cara
mereka, suatu hari nanti pelanggan mereka akan lari dan perniagaan
mereka akan rugi dan terpaksa ditutup.
McDonalds bukanlah sepenuhnya milik
Melayu Islam, dan bukan juga milik penuh rakyat Malaysia. Ia sebuah
perniagaan francais yang tertakluk dengan syarat yang ditetapkan oleh
francaisor. Dan ada sumbangan yang perlu diberikan oleh McD Malaysia
kepada francaisor iaitu McD Corp.. hasil kutipan francais2 di seluruh
dunia, memberikan keuntungan kepada McD Corp dan daripada keuntungan
itulah, sebahagiannya disumbangkan kepada tabung aktiviti keganasan
zionis.
Bukan semua Yahudi itu zionis
(pengganas) dan bukan semua syarikat Yahudi ada menyumbang kepada
aktiviti keganasan. Walaupun Starbucks juga didapati memberikan
sumbangan kepada zionis, kesannya tidak menyeluruh kerana hanya golongan
tertentu saja yang sanggup menikmati kopi pada harga RM10 secawan.
Sebaliknya, McD adalah makanan segera, yang bukan saja membahayakan
kesihatan jika diambil secara kerap, bahkan dinikmati oleh semua
golongan tak kira kecik besar, tua muda, lelaki pempuan, kaya miskin
dsb. Apabila kempen boikot dilakukan terhadap McD, maka ia memberi lebih
impak kepada kesedaran masyarakat.
Pada kesempatan ini juga, Ustaz Love nak
ulas sikit pasal video En. Nasir tu. Tiada masalah beliau nak terus
bekerja di McD, nak solat di surau McD, nak makan makanan McD pagi
petang siang malam sekalipun, sebab produk tu adalah produk halal. Even
makcik cleaner yang kerja cuci tandas pun disediakan bilik rehat untuk
makan dan solat. Itu bukan pokok persoalannya. Yang menjadi isu adalah
berkenaan sumbangan McD terhadap aktiviti keganasan zionis. Itu saja.
Kita boikot produk McD bukan sebab ia haram, sebaliknya atas rasa
tanggungjawab untuk cuba membantu rakyat Palestin sekalipun sekadar
menahan nafsu untuk ke McD.
Kredit to Ustaz Love dan terima kasih atas penjelasan..